- Votes:
- Genres:
- Hip-Hop
 
- Tags:
- malay
 
Ahli Fiqir - Samseng lyrics
Dialog)
 Ya... ok jugak la kita makan kat sini la senangDuduk la...duduk la duduk2
 Hei!! Asal ko makan tempat aku ni
 Hei!! Ko siapa hah!!
 Ni tempat aku apsal ko duduk kat sini
 Mana ada nama ko.ni tempat ko
 Woi!! (2x) ko siapa hah!!! Ko siapa hah!!!
 Sekrang ko nak aper (3x)
 Jgn carik pasal
 Woii!!! (4x) (ramai2)
 Kurang ajar
 Woii!!! (5x) (ramai2)
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
 Samseng (4x) bukan zaman banteng2
 Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
 Sudah banyak yg ku lihat didepan mata,
 Pecah botol, pecah gelas, pecah kaca, pecah kepala
 Nak rebut kuasa, siapa gagah, siapa perkasa, siapa lagi ramai anggota
 Mana tempat, bila masa, kita jumpa, satu lawan satu, engkau dgn aku
 Buka butang, buka baju hak... hik... huk...
 Kita tunggu siapa yg akan jatuh dahulu
 Yg menang akan jadi abg besar,
 tak perlu gusar, kiri kanan sentiasa ada org jaga
 Bila berjalan kepak mula dibuka jaga jaga
 Jgn cuba merenung mata. Amaran untuk semua
 (dunia ini dia yg punya)
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
 Samseng (4x) bukan zaman banteng2
 Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
 Dan didepanmu berbaris peluang-peluang dan tidak mahu pun engkau rebutkan,
 Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun ko lepaskan
 Kerana engkau hanya asyik berjuang entah untuk apa,
 dan demi siapa engkau juangkan,Ahli Fiqir - Samseng - http://motolyrics.com/ahli-fiqir/samseng-lyrics.html
 Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota fei yong
 Yg sibuk melaungkan suku-suku pantun, serta tuturkan kata kosong
 Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu,
 Bergelimpangan disimpang-simpang jalan yg telah engkau tewaskan
 Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yg berbinkan
 dan berbintikan sianu dan sipolan,
 Terpampang dimuka surat depan, ruang-ruang koran patuh kaki dan tangan...
 Keberanianmu itu adalah anak-anak bangsamu dlm satu
 ikatan berkongsi kandang bergelar. si banduan.
 Apakah yg kan ko dpt hanya sorakan kuat naikkan semangat
 setelah bertemu hebat,
 Engkaulah tuah engkaulah jebat, tiada siapa yg akan berani dekat,
 Sampai bila ko nak jadi raja, membabi buta, bukalah mata,
 Suatu hari ko pasti akan jatuh takhta,
 kehabisan bisa baru ko sedar mana pergi tuah,
 Mana hilang jebat, mana kata semangat,
 mana kiri kanan dua, mana kata bersatu,
 Mana isi dan kuku, mana sehidup semati,
 mana pergi.... urgghh.... Semua janji
 Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata,
 Semakin bermaharajalela, semakin berleluasa
 Satu demi satu bangsa ku menjadi layu,
 gugur dimedan perang ciptaan saudara2ku,
 Bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia
 maju tapi bukan kita nombor satu
 Dunia serba canggih tapi kita masih menagih,
 dunia pesat membangun tapi kita masih mengalamun
 Salah siapa lain makan nangka,
 lain kena getah, lain jadi cerita, lain jadi mangsa,
 Kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga.
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
 Samseng (4x) bukan zaman banteng2
 Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
 Samseng (4x) ini bukan zaman samseng













