Sharifah Aini Biography
Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar (lahir 2 Julai 1953) adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura. Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.
Sharifah Aini Lyrics
Title | |
---|---|
1 | Terbang Helang lyrics |
Write a comment
What do you think about Sharifah Aini? Let us know in the comments below!
Sharifah Aini Albums
Title | Release | ||
---|---|---|---|
1 | Terbang Helang |
Similar artists
- Ziana ZainPop
- AwieRock
- M. Nasir70s/80s/Pop/Rock
- Ning BaizuraPop/Rnb/Soul
- IklimRock
- Ramli SaripRock
- ShazzyHip-Hop