- Votes:
- See also:
Siti Nurhaliza - Pandang Pandang Jeling Jeling lyrics
Cincin intan bunga selasih
 Mari dipakai di waktu petang
 Kenapa tuan tak mahu berkasih
 Adakah orang akan melarang
 Kain sarong kain terendak
 Memanglah manis kalau dipakai
 Kalau takut dilambung ombak
 Jangan berumah di tepi pantai
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
 Siapa diakah namanya,
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Bercakap, bertanya dan bermesra,
 Jangan sampai datang rumah.
 Tuai padi musim dah tiba,
 Mari menuai di waktu pagi,
 Kalau begini malang menimpa,
 Biar kuturut kata hati.
 Bunga selasih permainan budak,
 Daun sehelai dimakan kuda,
 Bercerai kasih bertalak tidak,
 Seribu tahun bertemu juga.
 Siti Nurhaliza - Pandang Pandang Jeling Jeling - http://motolyrics.com/siti-nurhaliza/pandang-pandang-jeling-jeling-lyrics.html
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
 Siapa diakah namanya,
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Bercakap, bertanya dan bermesra,
 Jangan sampai datang rumah.
 Kereta kuda pedati lembu,
 Singgah mari di tepi kuala,
 Tuan sutera, saya belacu,
 Manakan sama berganding sama.
 Burung jelatik sarang kedidi,
 Sarang tempua, sarang berjuntai,
 Sungguhpun cantik sutera diuji,
 Belacu juga tahan dipakai.
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
 Siapa diakah namanya,
 Menjeling, menjeling ku bertentang...
 Mata kita sama memandang,
 Bercakap, bertanya dan bermesra,
 Jangan sampai datang rumah.








